Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar, itulah yang di maksudkan tajuk entry kali ni. Pulau Perhentian ni letaknya di Negeri Terengganu dan merupakan sebahagian dari kawasan Taman Marin Pulau Redang. Tangkap ikan adalah di larang, tangkap gambaq tak pa... Pulau Perhentian tidak asing lagi di kalangan pelancong dalam dan luar negara, mungkin di sebabkan keindahan panorama serta keunikan hidupan marin di Pulau Perhentian. Pengunjung boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian.
Jeti Kuala Besut |
Pulau Perhentian Kecil lebih menjadi tumpuan pengunjung kerana Pulau Perhentian Kecil menawarkan pelbagai jenis kemudahan penginapan budget manakala Pulau Perhentian Besar lebih kepada percutian di hotel penuh gaya. Menginap di Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar tidak menjadi masalah kerana kedua-dua pulau ini hanya terletak berdekatan dan perkhidmatan teksi air sedia membawa anda dengan kadar RM5-RM10 sehala.
Bagi remaja seperti kami semua, sudah pasti kami akan mencari chalet yang murah memandangkan kami semua ni tidak la mempunyai budget yang banyak, jadi kami memilih untuk menginap di Rock Garden Village, Pulau Perhentian Kecil. Not bad la chalet kami, nun jauh di atas bukit, agak memenatkan untuk sampai ke chalet tapi ternyata pemandangan cantik Pantai Pasir Panjang yang kelihatan dari balkoni chalet dapat menghilangkan keletihan kami.
Pantai Pasir Panjang yang lebih popular dengan paggilan "Long Beach" merupakan pantai yang paling meriah di Pulau Perhentian. Tanpa berlengah kami terus menuju ke pantai untuk mandi manda. Kemaruk nak mandi pantai la katakan. Pasiaq putih haluih...awek ramai...keh tu syok. Berenang sana, berenang sini, usha sana, usha sini.
Suasana malam di Pulau Perhentian tak la semeriah mana. Kedai makan beroperasi hanya sehingga jam 9.30 malam. Boring wei.
Hari kedua kami semua dah bersiap sedia untuk aktiviti "snorkeling". Hari ni kami akan berenang bersama Ikan Yu, Penyu dan ikan-ikan sekalian. Dan nasib kami sangat la bertuah, kami semua berpeluang berenang bersama-sama sekumpulan Ikan Yu dan seekor penyu yang sangat la besar. Punya la asyik berenang dengan penyu, 1st time tengok dekat-dekat kot.
Selesai snorkeling, kami semua menaiki bot balik ke Pulau Perhentian Kecil. Petang tu kami lepak di "Long Beach". Cool babe. Macam-macam ragam yang boleh di perhatikan. Dan yang paling penting, seorang dari kami dah menjadi hero petang tu, dah berjaya selamatkan seorang mamu Penang yang lemas. Bangga kami semua di buatnya, tumpang kemas sat. Hahaha.
Malam last percutian : Sudah pasti bersantai di pantai la kan. Lepak makan makanan laut sambil sembang-sembang kosong. Seronok rasanya.
Hari ke 3, hari untuk semua siap-siap nak balik. Kami akan menaiki bot keluar dari Pulau Perhentian pada waktu tengah hari. Berakhir la percutian kami di Pulau Perhentian. Masa untuk kembali kepada normal. Masa untuk kembali bekerja.
*untuk pakej menarik sila hubungi 0124837309 atau layari http://www.facebook.com/tpk.ventures
No comments:
Post a Comment