Tuesday, June 11, 2013

Transpeak V1 Reverse

Tudia sikit punya lama tak update blog ni, sampai lupa pi sat kata ada blog. Mai kita update sedas dua tengok jadi lagu mana.
Ok, kali ni kita sembang pasai trip outdoor la. Masuk hutan naik gunung adalah topiknya.



"Ekspedisi Trans Titiwangsa" atau dalam Bahasa Melayu baku orang panggei "Ekspedisi Merentas Titiwangsa". Trip ni disertai 7 orang jejaka termasuk guide kami yang mana kesemuanya sgt rindukan gunung. 4 orang dari Kedah and 3 dari Selangor. Tempat kami semua berjumpa utk ekspedisi kali ni adalah di Pondok Polis Lojing Kelantan.


24 May 13 : Kami semua sampai di sini jam 4.30 pagi. Sini line telefon pun tak berapa nak ada, sama2 sampai terus la call Kay SOS si guide tapi sayang.......line tak ada la pulak. Dalam balai polis pun tak ada orang. Ya la sapa la nak langut tunggu time2 lagu tu kan. Melilau pi mai pi mai kot dalam kawasan balai tu tak nampak kelibat guide kami pun. So kami pun decide utk checkin tidoq dalam surau balai polis tu sat sementara nak tunggu pagi. Sama2 buka pintu surau terus nampak si Kay tu dah baek punya lena. Dan la lena sat sementara nak tunggu Subuh. Subuh pagi tu di imamkan oleh Cikgu Jeril. Selesai ja Subuh masing2 pakat kalut packing barang. Time ni juga kami semua membahagikan ration utk dipack dalam beg semua orang. Packing barang dah siap, permit dan report polis pun dah selesai so kami pun gerak pi breakfast dekat warung berdekatan sementara nak tunggu 4wd pickup kami hantaq ke jump point. Sepatutnya 4wd pickup kami jam 8.30 pagi tapi kami dapat info yang 4wd terpaksa lewat ambil kami atas beberapa sebab. Tunggu punya tunggu sampai la jam 11 pagi baru la 4wd pickup kami ke Blue Valley Cameron Highland. Kami pada mulanya nak buat "Trans Titiwangsa V2" sebab tu yang mula dari Blue Valley ni tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan kami terpaksa buat V1 secara reverse sahaja. Sebab apa tu nanti aku cerita ya. Jam 12 tengahari kami sampai di Blue Valley dan tanpa membuang masa kami terus memulakan ekspedisi ini. Target hari pertama ni kami akan bermalam di Puncak Gunung Yong Belar atau pun Kem Kasut. Makna kata kami kena OT la hari pertama pun sebab lewat 3 jam setengah dari jadual asal. Setelah sejam setengah kami treking kami berhenti di 1st stop kami iaitu di Sungai Besar untuk lunch dan juga tunaikan sembahyang. Selesai lunch dan sembahyang kami terus berjalan mendaki menuju ke destinasi seterusnya. Anggaran masa perjalanan selama 2 jam setengah untuk sampai ke Kem Tudung Periuk dan seterusnya selama 4 jam untuk ke Kem Kasut. Kami sampai di Kem Tudung Periuk jam 4.30 petang, singgah sat cucuh rokok sebatang dua pastu kami teruskan perjalanan. Baru berjalan 20 minit tiba-tiba salah seorang dari geng kami iaitu Sudin Ajaib mengalami krem yang teruk. Sudin Ajaib ni bukannya tak aktif bersukan tapi apakan daya benda nak jadi. Cuba rehat dan rawat namun kecewa. Krem tak kena gaya pulak dah. Semua sebulat suara decide untuk patah balik ke Kem Tudung Periuk untuk bermalam memandangkan perjalanan untuk ke Kem Kasut masih jauh dan hari dibasahi hujan. Malam tu semua amat berharap perjalanan keesokannya berjalan lancar dan kami perlu membayar hutang selama 4 jam perjalanan pada keesokannya.



25 May 13 : Jam 9.30 pagi kami semua siap sedia untuk perjalanan seterusnya. Dari Kem Tudung Periuk ke Kem Kasut dan seterusnya ke Puncak Gunung Yong Belar. Dijangka mengambil masa lebih kurang 4@5jam. Kami terserempak dengan group SSPG (Siapa Suruh Panjat Gunung) di Kem Kasut. Geng ni depa buat trip Gunung Yong Belar. Ada awek 2 orang dalam group ni, segak juga la. Kami tak singgah lama di Kem Kasut, cukup sekadar berhenti untuk ambil air di water point kerana kami perlu mengejar masa. Jam 2 petang seorang demi seorang geng kami telah berjaya menjejakkan kaki di Puncak Gunung Yong Belar tapi Sudin tak muncul2. Tak lama selepas kami sampai, kelihatan sesetengah geng SSPG pun sampai di puncak. Kami dimaklumkan geng SSPG yang Sudin injured on trek. Krem dia mai pulak dah. Punggah. Sambil2 tunggu Sudin, masing2 pakat dok posing bergambar di Puncak Gunung Yong Belar yang mana merupakan gunung ke 3 tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2181 meter @ 7155 kaki. Nama Yong Belar ni di beri oleh orang asli yang membawa maksud "Gunung Angin". Dok tak lama lepas tu Sudin pun sampai la di puncak dengan penuh gaya. Syabas Sudin, hang memang rambo la sakit2 pun hang sampai. Kami melepak di puncak agak lama sambil berbincang mengenai keadaan Sudin yang krem. Semua sepakat untuk meneruskan perjalanan seperti yang dirancang. Jam 3.30 petang kami teruskan perjalanan. Disini kami berpisah trek dengan geng SSPG yang turun ke Kem Gurkha manakala kami menghala ke Kem Kuali. Bye2 SSPG, semoga berjumpa lagi. Trek sini tidak lah semolek trek sebelum ini disebabkan faktor trek yang jarang di lalui. Belum sampai di Kem Kuali, Sudin krem sekali lagi. Dari mimik muka Sudin yang bermisai lebat jenis enduro tu jelas menunjukkan yang dia terasa sakit yang amat sangat. Counter Pain disapu di keseluruhan kaki bagi meredakan sakit. Sampai di Kem Kuali, kami semua tiada pilihan melainkan bermalam di situ. Malam tu hujan turun agak lebat dan lama. Kami dah berhutang sehari perjalanan mengikut jadual. Malam tu semua berbincang untuk mencari satu penyelesaian. Sama ada teruskan V2 walaupun terpaksa extend sehari ataupun keluarkan Gunung Yong Yap dari list kali ni. Keputusan agak sukar di buat kerna ada yang menaruh harapan menggunung untuk Grad G7, ada yang susah untuk menyambung cuti dan ada yang tiada perasaan langsung. Bincang punya bincang kami semua  berpendapat tiada rezeki untuk kami jayakan V2 pada kali ini, dan kami akan turun di Ulu Kinta. Makna kata kami akan jayakan "Trans Titiwangsa V1 Reverse". Semua optimis dengan keputusan yang dibuat. "Bukan puncak yang dituju tapi perjalanan yang dicari".

Puncak Gunung Yong Belar @2181m/7155ft

26 May 13 : Hari ni semua bangun bersemangat. Tapi disebabkan hujan, kami semua memulakan perjalanan agak lewat. Harini kami semua akan menuju ke Kem H2O dan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami perlu melintasi Puncak Anak Yong Belar dan Puncak H2O sebelum turun ke Kem H2O yang terletak di lembah. Syukur Alhamdulillah, perjalanan hari ini berjalan lancar dan Sudin telah pun sihat. Kami bermalam di Kem H2O yang bersebelahan dengan sungai. Seronok tak dak dah boleh mandi berenang berendam semua cukup. Sebelum ni water point yang ada cuma la mata air yang mengalir perlahan ja. Malam tu kami dinner sambil sembang2 sesama kami la. Cikgu Jeril menceritakan kepada kami yang dia merupakan cikgu disiplin dan mempunyai kuasa merotan pelajar. Haru sungguh dia ni sorang. Hahaha. Malam tu cuaca agak elok tapi hujan turun bilamana Subuh menjelma.


berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa

27 May 13 : Harini kami akan mendaki ke Puncak Junction seterusnya akan terus ke Puncak Gayong. Harini kami akan OT (berjalan malam) dan perjalanan kami harini agak mencabar dengan mengangkut bekalan air untuk kegunaan 2 hari. Kem H2O ni bukanlah last water point sebab Kem Cerek masih ada tetapi Kem Cerek ni water point dia rare sangat, nak kena turun naik 45 minit dan water point Kem Cerek cuma lah mata air yang mengalir diatas tanah. So better angkut dari Kem H2O ja. Kami lunch di Puncak Junction and then teruskan perjalanan ke Puncak Gayong. Jam 8 malam kami sampai di Simpang Proton yang sangat cantik. Nampak view Ipoh beb. Simpang Proton ke Puncak Gunung Gayong hanya 10 minit perjalanan. Kami berjaya sampai di Puncak Gunung Gayong yang berketinggian 2173 meter @ 7129 kaki pada jam 8.10 malam. Gunung Gayong ini juga merupakan salah satu puncak G7 yang ke 4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Malam tu macam2 kelaku dok ada. Ada yang tak mau makan, ada yang baca novel and ada yang layan movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Malam tu pun hujan turun, setakat la memang tak ada sehari pun yang tak hujan.

berehat di dalam akar pokok


28 May 13 : Harini kami akan teruskan perjalanan ke Kem Seroja dan kami dijangka akan OT. Sebelum mulakan perjalanan kami tak lupa untuk bergambar bersama di Puncak Gunung Gayong ni. Dah selesai pack semua kami pastikan tiada sampah yang ditinggalkan di Camp Site ni demi menjaga alam yang indah ni. Cewah. Cikgu Jeril macam biasa la, kalau bukan dia orang last yang siap memang tak sah la. Hahaha. Dari Puncak Gunung Gayong kami akan naik ke Puncak Gunung Korbu.

view Puncak Gunung Korbu dari Gunung Gayong

Puncak Gunung Gayong @2173m/7129ft

Kami sampai di Puncak Gunung Korbu lebih kurang jam 2.30 petang. Di Puncak Gunung Korbu kami cuma berehat sebentar dan bergambar sahaja. Gunung Korbu ni gunung ke 2 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan yang tertinggi di Negeri Perak dengan ketinggian 2183 meter @ 7162 kaki. Salah satu dari puncak G7 la ni. Kami akan teruskan ke water point seterusnya untuk lunch. Lunch lewat la pulak kan. Trek Gunung Korbu ni agak rare, nak turun memang kena berhati2, silap langkah boleh membawa padah. Ada kawasan yang kena turun guna tali,ada kawasan yang kena paut pada akar pokok dan ada trek yang dah tersedia tangga 3 step yang macam kontraktor dok guna tu. Kalau ikutkan trip V1 ni bermula dengan Gunung Korbu dan last sekali baru Gunung Yong Belar tapi kami kan buat reverse. Kami sampai di LWP untuk lunch jam 4 petang tapi tunggu Cikgu Jeril sampai la jam 5.30 petang. Bila ditanya kenapa lambat sangat dengan slumbernya Cikgu Jeril bagitau dia tidoq on trek. Setengah jam lak tu. Haru sungguh. Masa ni Cikgu Jeril ni dah jd Zombie dah. Jalan pun macam Zombie ja. Hahaha. Kami meneruskan perjalanan turun ke Kem Seroja selepas semua dah selesai makan dan sembahyang. Kami sedar risiko berjalan malam di kawasan hutan lembah dan kami semua sangat berwaspada. Cewah, macam ayat buku ja kan. Selepas kami melintasi Kem Kijang kami terserempak dengan Tapir. Bersaiz seperti lembu, Tapir tu cuma beberapa langkah dengan kami. Nasib la Tapir, kalau binatang yang ganas2 memang lari malam la kan. Kami sampai di Kem Seroja jam 9 malam. Kami tidur di bawah pondok yang terdapat di sebelah sungai. Stok makanan dihabiskan dan malam tu merupakan malam last  kami di dalam hutan untuk trip kali ni.


Puncak Gunung Korbu @2183m/7162ft

29 May 13 : Hari ni perjalanan kami lebih santai. Kami akan berjalan lebih kurang 3@4 jam untuk keluar dari hutan. Kami akan keluar di Empangan Sultan Azlan Shah yang terletak di Ulu Kinta. Perjalanan balik ni kena melintasi beberapa sungai dan air terjun. Kami sempat mandi di Air Tejun Batu Besar semasa dalam perjalanan kami. Ternyata airnya sangat segar bersih lagi sejuk. Lebih kurang jam 1.00 petang kami tiba di kawasan dusun dan selepas itu kami tiba di kawasan empangan. Memandangkan kami tidak rancang untuk turun di sini maka kami tidak dapat menaiki 4wd dari sini kerana kawasan empangan ini merupakan kawasan larangan dan 4wd perlu memohon kebenaran seminggu lebih awal untuk masuk ke sini. So kami kena la jalan sejauh 6 km jalan tar berbukit untuk ke Pos Pengawal Pintu Empangan Sultan Azan Shah. Teksi akan menunggu kami di situ dan seterusnya akan menghantar kami ke stesen bas ekspres Ipoh yang terletak di Jelapang.

kampung orang asli

Jam 3.30 petang kami semua dah berada di stesen bas dan kami semua menaiki bas ekspres ke Cameron Highland untuk mengambil kereta. Habih la trip kali ni, tulis hat mana dan ja la. Masa tak mengizinkan.

ps : Untuk kawan2 yang mendaki bersama2 dalam trip ni, kalau ada salah silap harap dimaafkan la ya.

3 comments:

  1. uih.. panjang betul diary jelajah V1, baguih no. untunglah masa hangpa pi bukan musim ujan. Abg kami pi dulu hujan segala bagi. Yang penting, selamat pergi dan kembali... sungguh adventures.

    ReplyDelete
  2. Ni update express ja. Kami p pn hujan hari2 tapi tu la cabaran kn. Awainya nk wat V2 tp trpksa tukaq wat V1 ja

    ReplyDelete
  3. assalamu alaikum wr wb..
    bismillahirrahamaninrahim... senang sekali saya bisa menulis
    dan berbagi kepada teman2 melalui tempat ini,
    sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
    dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
    namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
    hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
    akhirnya saya menanggung hutang ke pelanggan-pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 600 juta ,
    saya sudah stress dan hampir bunuh diri anak saya 3 orang masih sekolah di smp / sma dan juga anak sememtarah kuliah,tapi suami saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anaka-naknya ditengah tagihan hutang yang menumpuk,
    demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
    ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
    dan bercerita kepadanya, alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
    dulu katanya dia juga seperti saya setelah bergabung dengan KH. Ahmad Danan hidupnya kembali sukses,
    awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
    dan melihat langsung hasilnya, `
    saya akhirnya bergabung dan mengunjung websiteNya http://pondok-allaqsha.logdown.com atau KLIK DISINI semua petunjuk K.H. Ahmad Danan saya ikuti dan hanya 1 hari astagfirullahallazim,
    alhamdulilah demi allah dan anak saya,
    akhirnya 5m yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
    semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
    kini saya kembali sukses terimaksih tlpon Kh. Ahmad Danan nmr.0822"9128"6336 saya tidak akan melupakan jasa aki.

    jika teman teman berminat, yakin dan percaya insya allah,
    saya sudah buktikan demi allah silahkan KLIK DISINI












































    ReplyDelete