Gunung Tahan dengan ketinggian 2187 meter, merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dan negeri Terengganu.
-sumber : Wikipedia
Lama dah ambo rasa blog ni tak di update. Dah jadi kaget and kaku nak mengupdate blog. Kalau tengok pada tajuk di atas, posting kali ni related dengan cerita pasai pendakian Gunung Tahan. Saja la sekadar nak di ceritakan pada semua yang mana tak pernah mendaki Gunung Tahan, nak berkongsi pengalaman lah katakan.
Cerita pendakian ni bermula pada 28 April 2012, group kami seramai 8 orang masing-masing dah bersiap sedia untuk pendakian kali ni. Dari Aloq Setaq kami menghala ke Merapoh dalam daerah Kuala Lipis Pahang dan terus ke Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) Sungai Relau semata-mata untuk test tahap keTAHANan mental and fizikal kami di Gunung Tahan.
Jam 9.00 pagi kami semua sepatutnya berada di Pejabat PERHILITAN Sungai Relau tapi seperti sediakala sudah semestinya kami semua pasti akan terlewat. Jam 10.30 baru la kami semua berhimpun di pejabat untuk sesi declare barang-barang kami. Lepas barang abih di periksa kami di beri taklimat oleh ranger gred 27(yang baju belang tu) mengenai
Che Mat bersedia untuk bertolak |
Di Kuala Juram kami semua mengambil peluang untuk berenang-renang dengan Ikan Kelah yang dikenali sebagai Raja Sungai. Cewah, usha gambaq la macam mana kami semua dok berpesta tangkap ikan, sangat-sangat layan. Jarang-jarang sekali nak dapat feel macam ni.
Ikan Kelah di dalam genggaman |
Pesta menagkap Kelah dengan tangan |
Abih sesi main dengan ikan kami semua dengan beg pack masing-masing dah bersedia untuk trekking. Hari pertama trek sejauh 13.5 KM akan menduga stamina kami. Guide yang assist kami merupakan guide yang paling lama di sini. Guide kami nama Che Mat dan Che Mat ni sangat la berpengalaman dengan trek ni. Kami akan bermalam di Kem Kor pada malam pertama.
Kuala Juram |
Kami terpaksa meredah melintasi 4 batang sungai untuk sampai ke campsite. Sungai Tanum, Sungai Luis dan Sungai Kor antara sungai yang kami lalui. Kalau nak di kira dengan anak-anak sungai yang kecil mengalir boleh di katakan hampir 10 batang sungai juga la yang di redahi.
Najis beruang matahari |
5 jam kami combat sampai juga kami di campsite yang pertama, Kem Kor. Hari 1st camping untuk trip kali ni. Kem Kor ni terletak di Bukit Kor, kedudukan di ketinggian 750 meter dari aras laut.
Kem Kor |
29 April 2012 (hari ke 2) jam 10.00 pagi pendakian di teruskan. Dari Kem Kor kami mula mendaki Bukit Good Morning, Bukit Permatang dan Bukit Kembang Hidung. Trek 6 KM kami daki lebih teruk dari 13.5 KM yang kami lalui hari pertama. Kami mengambil keputusan untuk berkhemah di Kem Kubang. Malam kedua di hutan, di ketinggian 1406 meter dari aras laut siap dengan hujan lebat yang mencurah-curah, kami semua tidoq dalam kesejukan yang amat sangat.
30 April 2012 (hari ke 3) pun kami memulakan pendakian jam 10.00 pagi juga, hari ni kami akan menapak sejauh 10 KM untuk sampai ke campsite dan 5 KM untuk naik dan turun Puncak Gunung Tahan. Trek agak mencabar dengan keadaan muka bumi yang pelbagai. Kami terpaksa mendaki curam, meredah paya dan akan melalui kawasan-kawasan hidupan berbisa seperti ular. Dari Kem Kubang kami akan mendaki Bukit Belumut, Bukit 10B, Bukit Pemandangan, Gunung Bonsai dan seterusnya akan berkhemah setibanya kami di Bukit Botak.
Bukit Kembang Hidung |
Trek berpaya |
Burung Merbah Gunung |
Bukit Pemandangan |
Bukit Botak |
Jam 4 petang kami berjaya sampai ke campsite Bukit Botak. Hari ni kami akan berkhemah di ketinggian 1943 meter dari aras laut. Kami akan mendaki ke puncak pada jam 5 petang untuk melihat sunset. Khemah dah siap di "setup" so kami terus mendaki untuk ke Puncak Gunung Tahan.
Kem Botak |
Kami naik hanya membawa diri tanpa beg pack yang berat sebab semua beg kami tinggalkan di kawasan khemah. Finally,jam 6 petang kami semua sedang berdiri di kedudukan tertinggi di Semenanjung Malaysia, di Puncak Gunung Tahan setinggi 2187 meter dari aras laut. Keletihan terubat tatkala melihat keindahan alam semulajadi. Dari puncak ini kami boleh melihat negeri Pahang,Kelantan dan Terengganu. Tasik Kenyir pun kami boleh nampak. Sangat cantek........
Lanskap muka bumi di atas Puncak Gunung Tahan ni sangat la mempesonakan, seakan-akan ladang tumbuhan Periuk Kera dengan pokok-pokok renek tumbuh segar.
Puncak Gunung Tahan |
Kami bergambar kenangan dan menikmati panorama dari puncak. Terkagum di dunie kot. Cantek wei. Tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Mana dengan waktu matahari terbenam yang mempesonakan tiap mata yang melihat. Jam 7 petang kami semua mula menuruni puncak menuju ke khemah. Keadaan masih cerah di puncak walaupun dah masuk waktu senjakala.
sunset |
Setibanya di Kem Botak kami mandi sebelum hari gelap. Selesai mandi kami mula menyiapkan hidangan makan malam. Di kem Botak kami terserempak dengan tikus bukit, banyak ekoq juga la. Tikus bukit ni saiz dia boleh tahan besaq, sama besaq macam tikus mondok. Tapi tikus ni tak kacau kami, dia main jauh dari kami. Malam tu semua pakat rehatkan badan, perjalanan turun esoknya agak mencabar.
1 Mei 2012 (hari ke 4) jam 10 pagi kami semua dah mula menuruni Bukit Botak. Trek sejauh 16 KM bakal menguji kami. Kami akan berpatah balik melalui trek yang sama kami gunakan sebelum ni. Kami mesti sampai ke Kem Kor sebelum malam. Perjalanan turun bukan lah sesuatu yang mudah, tersilap langkah boleh mengundang padah. Kami berjaga-jaga dengan setiap langkah kami bagi mengelakkan keadaan yang tak di ingini. Masing-masing berdoa agar tak ada yang injured.
Jam 6 petang kami sampai di Kem Kor, masing-masing letih tak sangka. Malam last kami di dalam hutan. Malam untuk kami semua habiskan barang makan. Malam untuk kami celebrate kejayaan menawan puncak. Malam tu semua pakat ceria, tak sabaq nak kuaq dari hutan tu. Nak pekena Coca Cola sejuk dengan burger McD. hehehe... Malam tu juga la malam yang paling mencabar sebab kami semua terpaksa tidur di dalam air di sebabkan hujan yang terlalu lebat. Siap dengan kilat and guruh dok berdentam dentum. Khemah dah banjir, apa nak boleh buat kan. Tidoq malam tu tidak la senyenyak mana, dalam pala otak dok tepikiaq takut-takut pokok tumbang. Syukur Alhamdulillah, semuanya ok.
Malam last di Kem Kor |
Air bongsai yang wangi dan sedap |
2 Mei 2012 (hari ke 5-last day) jam 10 pagi kami semua dah bergerak dari Kem Kor.
Nak balik dah wei. hehe..
Nak balik dah wei. hehe..
Trek sejauh 13.5 KM terasa sangat dekat, tak sabaq rasanya nak minum Coca Cola sejuk. Sebenaqnya kami semua bangun awai tapi terpaksa bergerak lewat di sebabkan arus sungai terlalu deras. Pala ayaq deras, bahaya untuk seberang.
At last, kami semua sampai ke Kuala Juram pada jam 2 petang. Pak Teh Roslan dah siap menunggu dengan 4wd. Kami semua terus ke pejabat PERHILITAN Sungai Relau untuk declare barang kami and to get the certificate. Bertambah la koleksi sijil pendakian cek. Pendakian kali ni sangat la mencabar dengan faktor cuaca yang tak menentu. Jangan pernah serik untuk mencari pengalaman kata orang. Macam tak percaya yang kami semua berjalan sejauh 64 KM, jauh tu. Tahniah untuk semua yang berjaya. (",)
p/s : September dis year ada lg kot trip, trek 101 KM. Anjuran Kelab Kembara Makan Taun.
uish tak tertahan aku tgk
ReplyDeletepergh,sifu...pantas gila comment
Deletemcm ada missing ja dlm entry ni.. part hero xdak ka
ReplyDeletemissing in action..hero kot mananya
Deleteboleh tahan ye kalian mendaki gunung tahan.
ReplyDeletekalau x tahan jgn la ke gunung tahan. aok x mau join
DeleteWahh..hebat...boleh ke saya sampai atas gunung tahan tu...nk cuba...
ReplyDelete