Wednesday, April 18, 2012

Hati Saya Rindu Gunung Kinabalu


Sebut ja Gunung Kinabalu memang ramai yang dah sedia maklum kot gunung tertinggi di M'sia ni kan. Dengan ketinggian 4,095.2 meter dari paras laut,para pendaki boleh menawan puncak gunung melalui 2 laluan. So boleh lah pilih sama ada nak ikut laluan Timpohon @ Mesilau. Yang pasti tiap pendaki perlu bersedia dari segi kecergasan mental dan fizikal. 


26 Oktober 2011, sejarah tercipta...sejarah untuk diri sendiri la,bukan sejarah M'sia k.
Saya beserta 11 orang rakan sepakat untuk mendaki Gunung Kinabalu. Dari jauh kami terbang dengan hajat setinggi Gunung Kinabalu. Masing-masing dengan kelengkapan yang bersesuaian. Masa untuk menguji keupayaan diri sendiri. Segala bagai kami angkut pi. Sebelum pendakian, kami masing-masing meminimumkan muatan beg kami,bawa apa yang perlu saja.


Sebelum mendaki kami semua dikehendaki mendaftarkan diri di Kinabalu Park Headquarters untuk diberi taklimat oleh "mountain guide" yang akan mengawasi kami sepanjang pendakian ini. Banyak juga pantang larang. Semua pendaki mesti memohon permit sebelum mendaki(yang pakat dok gantung betoi tengkok tu la permit). Selesai taklimat kami di bawa ke Timpohon Gate dengan kenderaan untuk memulakan pendakian.

Pendakian kami bermula pada jam 9.30 pagi. Kami di fahamkan yang kami perlu melalui trek sepanjang 6km untuk sampai ke tempat rehat  yang di panggil "Laban Rata". Pada permulaan pendakian, trek yang kami lalui tidak begitu mencabar. Masing-masing tersenyum dan ada antara kami yang dah bersemangat untuk mendaki Gunung Kinabalu kali ke2 walhal puncak gunung pun tak sampai lagi. Trek yang kami lalui makin mencabar, sangat-sangat menguji stamina dan mental kami. Makin jauh perjalanan kami makin nak gila di buatnya. Hehe,sembang kemas tang awai ja puak ni pun. Makin tinggi kami mendaki makin berkurang pokok-pokok tinggi dan semakin sejuk cuaca. Keadaan laluan yang berbatu-batu makin mencabar keupayaan seseorang pendaki itu. Kumpulan kami telah berpecah kepada 3 kelompok bergantung pada tahap stamina masing-masing.


Kelompok pertama kumpulan kami seramai 5 orang telah berjaya tiba di Laban Rata pada jam 2.15 petang dan kelompok terakhir tiba  pada jam 6.00 petang. Laban Rata merupakan rumah rehat yang di urus selia oleh Sutera Harbour Resort. Di sini terdapat bilik tidur, kantin dan juga kemudahan asas yang lain. Di Laban Rata kami berehat secukupnya sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Low's yang merupakan puncak tertinggi. Bagi pendaki yang mengalami masalah untuk meneruskan pendakian, mereka di benarkan untuk berehat di Laban Rata sehingga jam 9 pagi keesokannya. Pendakian ke puncak akan bermula sekitar jam 2 pagi.
Laban Rata Resthouse
Laban Rata Restaurant
Tepat jam 2 pagi kumpulan kami memulakan pendakian. Pendakian ke puncak benar-benar mencabar kerana kami terpkasa mengharungi cuaca sejuk dengan keadaan trek berbatu yang licin juga suasana gelap. Untuk sampai ke Puncak Low's kami terpaksa mendaki menggunakan tali sejauh 2.5km. 

Akhirnya kami berada di ketinggian 4095.2 meter dari paras laut, di kedudukan tertinggi di M'sia. Tiada kata yang dapat di ungkapkan. Kuasa Allah s.w.t. yang telah menciptakan sekalian alam.


Setelah puas bergambar di puncak kami mula menuruni puncak.Kami perlu tiba ke Laban Rata sebelum jam 9 pagi untuk mendaftar keluar sebelum meneruskan perjalanan turun ke Kinabalu Park Headquarters.


Ni la muka-muka juara. Bukan juara mana-mana pertandingan tapi juara dalam diri sendiri. Yang mana rasa minat akan aktiviti extreme, pi la cuba. Pasti puas...



*Saya Rindu Kinabalu.

















6 comments: